Free Web space and hosting from freehomepage.com
Search the Web

Kemudahan di Hosno






  

Kemudahan Yang Terdapat Di

Pusat Perubatan Kami

Foto Komplek bangunana Pusat Perubatan Homeopati &

Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia, di Gelang Mas,

Doktor homeopati diketuai oleh Prof Dr Nik Omar, Dr Mohd Amin, Dr Zaharah, Dr Mohd Nasir, Dr Wan Mohammad akan bergilir-gilir membuat rawatan dan dan menjaga pesakit dalam masa 24 jam.

Syarat Tinggal di Wad Pusat Rawatan kami


Hospital kami terbuka kepada semua masyarakat tidak kira suku bangsa, warna kulit atau keturunan. Kos rawatan bagi setiap sekali rawatan ialah RM 20.00 - 30.00 bagi rawatan biasa bersama ubat.
Jika anda ingin berjumpa doktor pakar sahaja anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM 35 hingga 45 bagi satu pertemuan.

Orang-orang yang tidak tenat sahaja diterima masuk untuk tinggal disini. Untuk pesakit-pesakit yang serious dan memerlukan rawatan kami, sila hantar ke hospital kerajaan terdekat sama ada di Kota Bharu atau USM.

Perlu diketahui bahawa - Pusat Rawatan kami adalah bercirikan konsep holistik iaitu rawatan mengikut kaedah semulajadi atau 'the natural way of healing'
Pusa Perubatan kami tidak mempunyai kemudahan pembedahan atau wad ICU atau CCU.

Oleh sebab itulah kami hanya menerima tempahan untuk tinggal sambil berubata di sini kepada orang-orang 'sakit' yang tidak serious. Atau lebih baik lagi kita panggil 'pesakit-pesakit' yang ingin datang untuk 'Berihat sambil Berubat'
Tempat ini lebih dikenali sebagai 'Health Resort'

Pengambilan Pesakit tinggal di Wad hanya akan bermula pada bulan 15 May 2002

Syarat Tinggal di Hosno

Pesakit-pesakit yang boleh memohon tinggal disini antara lain terdiri dari pesakit-pesakit:-

1. Kencing Manis 2. Darah Tinggi 3. Lumpuh / strok 4. Gastrik 5. Sakit Urat Saraf 5. Bell Palsy 7. Sakit bahu 8. Cervical Spondylosis
9. Insomania 10. Bunyi Telinga (tinnitus)
11.Sakit Pingang - Scitica 12. sakit Belakang
13.Migrin 14. Hemiplegia, dll

KOS TINGGAL DI WAD

Satu Malam RM 50 termasuk makanan
Kos Rawatan satu terapi RM 20 - 30
Kos Ubat satu hari RM 20 - 30
Ujian Air Kencing RM 8.00
Ujian Gula Dalam Darah RM 15.00

KOS TINGGAL DI CHALET

Semua chalet boleh disewa oleh pesakit, orang perseorangan, keluarga, pelancung atau orang luar. Tertakluk kepada kekosongan.

Chalet Aircond RM 65 ( 1 malam - tinggal sahaja )
Chalet Biasa RM 55 ( 1 malam - tinggal sahaja )
Sewa Rumah RM 45 ( 1 malam - tinggal sahaja )

NOTA

Dapur atau tempat memasak sendiri ( Self Service Kitchen ) ala youth hostel di europah disediakan. Anda boleh pinjam peralatan memasak dan masaklah sendiri keperluan anda. Gas, peralatan pinggang mangkok, gelas, sudu, kuali disediakan secara percuma.

KEDAI KO-OP HOMEOPATHY

Menjual semua peralatan makanan harian untuk anda sekeluarga termasuk beras, gula, ayam, daging, sayur, air mineral dan lain-lain

KEDAI MAKANAN KAMPONG

Jika anda malas memasak, anda boleh makan diluar kampus atau memesan makanan terus dari warden

Cara Permohonan Masuk Wad

Sila hubungi mana-mana Kelinik Nik Omar yang terdekat untuk tinggal di wad / chalet kami atau telipon untuk booking di talian berikut:

Wakil Kuala Lumpur.
H/Dr Hajjah Faridah bt Awang Hamat
Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar & Faridah
No.128 A & B, Jalan Raja Abdullah,
(Hadapan Masjid Kg Baru ), Kuala Lumpur.
Tel: 03-26926549
E Mail: fahom2@yahoo.com

atau terus ke Pusat Perubatan kami

No.122, Taman Universiti, Kg Gelang Mas, Meranti,
Pasir Mas, Kelantan. Tel: 09-7643349
E mail: fahom2@yahoo.com

atau Wakil di Kota Bharu:

Prof Mohd Nasr & Prof Wan Mohammad
Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar
No.11, Bangunan Tabung Haji Lama, Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7440440